✿ sayang , suAtu saAt jaRak teRjadi di aNtara kiTa , naMun doA untuk awAk iTu selalu aDa , semoGa Allah meliNdungi awAk , tiAp waKtu , tiAp keTika , saYa harAp awAk seNtiasa seLAmat , saYA naK awAk taHu iTu :'( ♥
Ahad, 6 Januari 2013
kisah kasih ibu yang terharu..
“Kakak!!!!!!!”. Saya menjerit kuat.
Sudah terlambat. Saya hanya mampu memandang, cermin mata saya yang bingkainya sudah patah. Segera suami mengambilnya dari tangan Aqila.
Saya menahan marah, membisikkan pada diri supaya sabar. Sedang mengawal minda agar menekan butang ‘pause’ dari melakukan sebarang tindakan tidak wajar pada anak kecil itu.
Si kecil yang masih belum faham bahawa ibunya sedang marah, meluru pada saya. Senyum dan memeluk erat kaki si ibu ini.
Di saat kondisi kewangan yang agak menghimpit ini, untuk membuat cermin mata baru, ia satu masalah besar bagi saya. Silau mata yang agak tinggi tidak memungkinkan saya memandu dalam keadaan tidak bercermin mata.
Saya diam. Suami juga diam.
Membiarkan sahaja insiden itu berlalu.
Esoknya, satu beg kertas ada di atas meja, berisi cermin mata baru.
Diam-diam suami ke bandar, buatkan cermin mata baru untuk saya. Ditanya harganya berapa, dia hanya menggeleng kepala. Perasaan saya bercampur baur. Terharu dengan tindakannya, dan serba-salah juga ada. Memikirkan duit yang dikeluarkannya untuk cermin mata saya, di saat-saat begini..
Marah pada si kakak berjaya dikawal. Tidak seperti di awal-awal kelahiran si adik dulu. Si kakak kerap menjadi ‘mangsa’ saya melampias marah.
kisah kasih ibu yang terharu..
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan